
Dah lama teringin memulakan blog sendiri, namun masa yang kurang mengizinkan. Separuh jalan, kekadang rasa macam xtau aper nak tulis... atau lebih tepat lagi... xtau bagaimana memulakan kata di lama sendiri.
Bila merujuk bloggers yg lain,... masing2 memberikan tips tersendiri bagaimana untuk menjadi seorang blogger. erm.... mmg bagus dunia tanpa sempadan sekarang ni... sehinggakan kisah yang ingin kumulakan di sini juga adalah bermula dari alam tanpa sempadan ini... satu blog yang menemukan aku dengan seorang insan yang kini bergelar... 'Suami'...
Mengapa memilih 'dilemaku'...? ia adalah lontaran dari hati.... Di mana mulanya kisahku... sukar nak memilih di mana mahuku mulakan... detik ini... jiwaku begitu dilema... kenapa?.. kerana insan yang ku sayangi yang ku panggil suami... telah 8 hari tidak ku temui. mungkin ada yang akak mengatakan ... ala... baru 8 hari... tapi 8 hari ini amat memeritkan. Kunamakan suamiku sebagai NA78... dia keluar untuk ke tempat kerja pada 20hb Mei yang lepas lebih kurang jam 7.35pagi. Masa tu aku bangun menyiapkan baju kerjanya. Dia beredar selepas mencium dahiku. Dan aku tidak menemuinya lagi selepas itu. Tentu kalian bertanya apa puncanya kan... puncanya kerana tengahari tersebut aku bertanya jika dia balik atau tidak. mulanya dia kata tak balik sbb banyak kerja. Namun jam 1 lebih dia sms dan ajak aku keluar makan. Aku mengadu rasa kurang sihat dan tidak dapat menemaninya keluar. Lantaran... dia berdiam diri. Bila agak lama aku hubungi telefonnya tidak berjawab. Selepas bbrp sms dia hnya membalas bahawa sedang berada di sebuah kedai makan. selepas itu aku gagal mnghubunginya. Kemudian dalam jam 2.30 aku mendapat satu miskol dan talian dya tak lagi dapat ku hubungi. Aku menghantar bbrp sms kepadanya melahirkan rasa risau dan bertanya kenapa dia tak balik sedangkan aku sedang menunggunya. Dia hanya membalas sms ku pada jam 3 lebih berkata yang dia sibuk dan telah meletakkan kunci keretaku di depan pintu rumah dalam sebuah sampul. Aku begitu terperanjat. Aku bergegas ke pintu dan mmg ada sampul coklat berisi kunci keretaku. Aku bersyukur xde org lain yang perasan. Dia minta aku mengambilnya di stesyen komuter pada jam 6 kerana dia perlu menghantar kereta adiknya pada petang tersebut. Aku cuba sms dan melahirkan rasa kesal dengan tindakan dia meletakkan kunci depan rumah. Sedangkan aku langsung tidak mendengar ketukannya di pintu. Kebetulan satu salinan kunci rumah kami telah hilang. Dia enggan menjawab telefonku dan sms. Cuma melalui satu sms ringkas dia berkata dia sibuk. aku menunggu jam 5 dia pulang dari kerja untuk memaklumkan aku dia akan bertolak menghantar kereta adiknya. Namun hingga jam 5.30petang tiada sebarang sms ku terima. Malah panggilan ku juga tidak berjawab. Selepas beberapa sms menyatakan kekesalanku dengan caranya, dia hanya menjawab ..."o.t.w. htr keta. kat p.u". Hampir jam 6 aku mula tertanya2... kenapa dia tidak memaklumkan aku sekiranya dia sudah menaiki komuter atau belum. Selepas bbrp smsm dariku... dia hnya memaklumkan sedang otw balik. Aku bersiap untuk menjemputnya di stesyen komuter. Bila aku telah bertolak, dia tiba2 smsm mengatakan x perlu menjemputnya kerana dia akan pulang menaiki teksi. Aku membalas sms dengan menyatakan yang aku sudah bertolak dan mintak dia tunggu aku di stesyen. Dah tiba di stesyen yang begitu sesak, dia enggan menjawab panggilanku dan hanya menyuruh aku pulang melalui satu sms. Aku bertanya di mana dia berada juga tidak dijawab. Memandangkan aku tidak biasa di sini, aku banyak bergantung kepada
nya. Tapi dia enggan melayanku bila ku adukan minyak kereta yang telah kering dan kebimbanganku jika tidak sempat sampai ke rumah dan sesyen minyak terdekat. Dia hanya menyuruh aku berusaha sendiri dan jangan menyusahkannya......Sejak itu aku gagal menghubunginya. Telefon dimatikan dan aku tidak makan atau minum selama berhari2... dalam keadaan terkejut dan tertekan. Kesihatanku juga semakin teruk. Aku sering mengalami sakit kepala yang teruk hingga sebelah mata kanankn melihat tompokan hitam. Ini bukan kali pertama aku sakit begini. Doktor pernah menasihatiku untuk pergi dapatkan pemeriksaan imbasan di kepala...
....Akan bersambung...